Haiwan-haiwan yang disebut di dalam Al-Quran
1. Unta, binatang yang digelar kenderaan padang pasir ini terdapat dalam Al-Quran pada surah Al-Ghasyiyah:17. Keistimewaan Unta ialah dicipta dapat bertahan hidup di cuaca ekstrim di padang pasir.
2. Lalat, serangga ini disebutkan dalam Al-Quran surah Al-Hajj: 73. Lalat memiliki kepandaian berubah arah secara cepat semasa terbang.
3. Burung Gagak, disebutkan dalam Al-Quran surah Al-Maidah: 31. Burung Gagak memiliki kecerdasan berbanding haiwan lain sebelumnya haiwan lain dikaji kecerdasan mereka cerdas seperti anjing, ikan lumba-lumba, gajah dan cimpanzee.
4. Kuda, disebutkan dalam Al-Quran surah Al-Adiyat. Kuda adalah haiwan yang laju, berotot, dan lincah untuk menjelajah pelbagai tempat di muka bumi ini.
5. Anai-anai, disebutkan dalam Al-Quran surah An-Naml. Keistimewaan Anai-anai adalah sanggup menembusi tembok yang tebal dan melubangi benda-benda keras untuk mencapai sasarannya.
6. Burung Hud Hud, disebutkan dalam Al-Quran surah An-Naml. burung Hud Hud ini memiliki kemampuan fizik dan daya ingat jelajah yang hebat.
7. Labah-labah, disebutkan dalam Al-Quran surah Al-Ankabut: 41. Benang Labah-labah yang nampak rapuh itu ternyata lebih kuat daripada baja sekalipun.
8. Lebah, disebutkan dalam Al-Quran surah An-Nahl. Ia sering dijadikan contoh sebagai orang soleh. Ia mengambil yang baik-baik dan mengeluarkan yang baik-baik pula.
9. Semut, disebutkan dalam Al-Quran surah An-Naml. Semut merupakan satu-satunya haiwan selain manusia yang dapat berperang dengan kelompok yang terorganisasi secara kompleks, melawan kelompok lain yang juga terorganisasi.
10. Anjing, disebutkan dalam Al-Quran surah Al-Araf: 176. Anjing adalah haiwan yang cerdas dan daya menghidunya hebat dan boleh digunakan oleh manusia untuk membantu pekerjaan mereka. Namun, umat muslim dilarang menyentuh air liurnya.
11. Keldai, disebutkan dalam Al-Quran surah Al-Jumua'h: 5. Di dalam ayat ini Allah swt menyebutkan Keldai itu simbol kebodohan. Oleh itu, kita perlu mengambil pelajaran agar tidak memiliki sikap hidup seperti Keldai. Namun demikian Keldai juga diberikan kelebihan. Keju daripada susu Keldai disebutkan yang paling mahal di dunia. Keju itu juga dikatakan dapat merawat kecantikan kulit.
12. Katak, disebutkan dalam Al-Quran surah Al-Araf: 133. Katak tidak akan mati jika dibekukan selama 7 bulan menurut saintis.
13. Kutu, disebutkan dalam Al-Quran surah Al-Araf: 133. Walaupun bentuk tubuhnya kecil, Kutu ternayata memiliki keistimewaan yang luar biasa. Ia boleh melompat melebihi 100 kali tinggi badannya, sebanding dengan manusia yang dapat melompat setinggi 660 kaki (200 meter).
14. Belalang, disebutkan dalam surat Al-A’raf ayat 133 dan dalam surah Al-Qamar ayat 7. Ia mengandungi protein yang sangat tinggi. Lompatan Belalang boleh mencapai 1.5 meter jauhnya.
15. Khinzir disebutkan dalam Al-Quran surah Al-Anam: 145 dan Al-Maidah: 3. Ia adalah haiwan yang kerakusannya semasa makan tidak tertandingi haiwan yang lain. Ia melahap semua makanan di depannya. Jika perutnya penuh atau makanannya telah habis, dia akan memuntahkan balik isi perutnya dan memakannya lagi untuk memuaskan kerakusannya. Ia juga tidak segan untuk makan kotoran yang berada di depannya. Khinzir memakan kotorannya sendiri sampai tiada sisa kotorannya. Ia tidak memiliki rasa cemburu.
16. Serigala disebutkan dalam Al-Quran surah Al-Yusuf: 17. Serigala memburu dan hidup dalam kelompok. Kesetiaan di antara Serigala sangat menakjubkan. Apabila seekor serigala terluka, maka yang lain akan tolong mencarikan makanan untuknya dan menjaganya sehingga dia sembuh. Serigala adalah haiwan yang setia.
17. Nyamuk disebutkan dalam Al-Quran surah Al-Baqarah: 26. Struktur tubuh Nyamuk diperbuat daripada bahan khusus yang sangat ringan. Ini memudahkannya untuk terbang dengan pantas. Nyamuk terbang dengan sistem indera khusus untuk mengesan tempat mangsanya sehingga ia dapat menemukan mangsa dalam keadaan gelap.
18. Ikan Paus, disebutkan dalam Al-Quran surah Ash-Shaffat: 139-145. Siripnya sangat efisien dalam mendorong ia untuk bergerak, walaupun ikan ini berukuran sangat besar.
19. Ular disebutkan dalam Al-Quran surah Thaha: 65-71. Terdapat pelbagai jenis Ular yang berbisa dan tidak berbisa di dunia ini. Banyak ilmuan yang mengkaji berbagai jenis Ular untuk kepentingan manusia. Bisa Ular juga dijadikan ubat.
20. Lembu, disebutkan dalam Al-Quran surah Al-Baqarah. Ia mempunyai daya bau yang sangat kuat sehingga mampu mencium sesuatu daripada jarak 8 kilometer. Ia juga dapat mendengar dengan frekuensi yang lebih rendah dan tinggi daripada manusia. Di tempat yang berlumpur Lembu dapat berlari dengan lebih pantas daripada Kuda.
21. Biri-biri disebutkan dalam Al-Quran surah Ash-Shaffat: 102-107. Ia merupakan haiwan sosial. Mereka memilih rumput yang segar dan mengelakkan yang bercampur racun. Ia juga memiliki visual 270 darjah sehingga ia tidak perlu menoleh untuk melihat apa yang berada di belakangnya